Wednesday, August 26, 2009

Siapa yang hendak disebat sebenarnya???

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyarankan Kartika merayu dan tidak sepatutnya reda untuk dihukum.


Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman memberi jaminan Peguam kepada JabatanNegara untuk menyemak semula keputusan mahkamah.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa Jabatan Penjara tidak mempunyai pakar sebat syariah .

Kita berasa sangat pelik dengan semua kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan seperti di atas apabila empunya badan, Kartika Sari mengaku kesalahan yang dibuatnya dan tidak membantah hukuman yang dijatuhkan terhadapnya. kita sangat pelik dan timbul persoalan kenapa mereka-mereka selain Kartika begitu beriya-iya tidak mahu hukuman sebat ini dijalankan. Orang lain yang hendak disebat, orang lain pula yang takut. Siapa yang hendak disebat sebenarnya?

Saya mendapati terdapat dua perkara di sini yang menyebabkan terjadinya polemik ini.

Pertama:

Wujud agenda orang-orang tertentu yang mahu menyekat perkembangan pelaksanaan Hukum Islam di negara kita. Implikasi hukuman sebat ini ialah rakyat akan mendapat pendedahan tentang pelaksanaan Hukuman Hudud yang selama ini hanya terdapat di dalam kitab-kitab tanpa ada sebarang contoh 'real' di hadapan mata rakyat Malaysia. 'Seing is Believing', biarpun pendedahan ini adalah begitu sedikit daripada Hukuman Hudud yang sebenar, tetapi ia mampu membuka lembaran baru dalam pelaksanaan Hukum Islam di Malaysia yang secara tidak langsung memberi pengertian bahawa UMNO akan tersungkur selain bercanggah dengan agenda gerakan Misionnary dan Zionis.

Kedua:

Masyarakat terlalu jahil terhadap realiti Islam yang sebenar. Masyarakat menyamakan hukum sebat yang digariskan Islam sama seperti hukuman sebat undang-undang sivil yang berlandaskan pemikiran manusia semata. Masyarakat uga tidak mengerti bahawa hukuman sebat menurut Islam bukan bukan tertumpu kepada penyeksaan pesalah sebaliknya memberi iktibar, pengajaran serta amaran kepada pesalah & masyarakat supaya tidak melanggar hukum Allah yang mana balasan dan azab yang pedih pasti akan menimpa mereka yang melanggar segala ketetapan Allah.

Maka disini saya menyaran semua umat Islam khususnya ahli PAS di semua peringkat agar bersama-sama mengambil kesempatan daripada isu Kartika ini untuk mendalami kaedah pelaksanaan Syariat Islam yang sebenarnya seterusnya menyebarkan seluas-luasnya pengetahuan tentang perkara ini agar masyarakat mengetahui Syariat Islam dengan sebetulnya seterusnya membendung segala salah tanggap terhadap Islam dan perjuangan Islam.

-ISLAM, ADIL & SEJAHTERA-

0 Comments: